Isnin, 31 Ogos 2009

Merdeka??


Alhamdullillah, hari ni genaplah 52 tahun Merdekanya Malaysia....

Merdeka kah kita?

Selamat Hari Merdeka yang ke 52, Malaysia!!

Sabtu, 29 Ogos 2009

::Sotong sumbat berempah::

This recipe was requested by the newly wed Yanie.... Td aku dah masak resipi nih... Easy to cook.. n kuahnye sedap dicecah dengan roti....

Bahan-bahan

6 ekor sotong saiz sederhana
500 ml air
4 biji telur
2 biji bawang besar, dicincang halus
1 biji cili hijau, buang biji dan cincang halus
1 biji cili merah, buang biji dan cincang halus
1 biji bawang besar, dihiris bulat
4 sudu makan rempah kari ikan
2 sudu makan cili kisar
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
100 ml minyak masak
Lidi koktel secukupnya
Garam secukup rasa

Tambah satu sudu besar yogurt untuk memberikan rasa lemak2 sikit.

Cara Membuatnya

  1. Pukul telur, separuh bawang, cili hijau, cili merah dan garam sehingga rata.
  2. Panaskan satu sudu makan minyak. Masukkan telur dan kacau hingga hancur. Angkat dan sejukkan.
  3. Sumbatkan telur ke dalam sotong. Sematkan kepalanya dengan lidi. Ketepikan.
  4. Seterusnya, panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan baki bawang dan cili hingga berbau bleh tambah halia kalau suka.
  5. Masukkan rempah kari dan cili kisar. Bila garing, masukkan air. Bila kuah hampir pekat, campurkan kicap, serbuk lada hitam, garam dan gula.
  6. Akhir sekali, masukkan pula sotong sumbat. Kacau sekali-sekala hingga sotong masak dan kuahnya pekat. Bubuh bawang besar yang dihiris bulat. Kacau hingga layu. Tutupkan api.

Well, ini sekadar anggaran bahan... bleh direka cipta semula ikut kesesuaian masing2 dan cita rasa serta selera masing2....

Selamat mencuba.......

Jumaat, 28 Ogos 2009

Sekejap sungguh masa berlalu..........

Diam tak diam dah 7 hari Ramadhan berlalu... Hari ini Jumaat pertama di bulan Ramadhan...

Aku masih di Ipoh, bahagianya rasa berada di rumah sendiri.. dikelilingi dengan semua ahli keluarga... Complete sungguh... Masih ada lagi 3 malam lagi sebelum cuti sekolah ini berakhir...

Sempena dengan kehadiran aku di rumah, adik-adik aku nih pandai sungguh mengorder pelbagai menu dari kakaknye nih sebagai juadah berbuka...

Menu untuk esok adalah sotong sumbat... Haih.... Demi keluarga tercinta.....

Setakat ini baru sekali aku berkesempatan untuk ke Bazaar... x de perasaan nak membeli belah pun... tak tau la bila dah keje nanti.....

Semoga ibadah kita sepanjang bulan puasa ini diterima oleh Allah hendaknya........

Selasa, 25 Ogos 2009

Masak, Beli @ Membazir??

Kenapa tajuk entry mcm nie...? Idea ni timbul bila aku chat dengan Azrul kawan lama @ bestfriend sejak di bangku sekolah menengah lagi... Mengenai persepsi tradisional orang Malaysia apabila menjelang Ramadhan... Sehinggakan BAZAAR RAMADHAN ada dimana2 sahaja sebagai medan atau syurga segala makanan dari seluruh negeri.... Macam kat Ipoh ni Bazaar yg paling femes sekali kat Medan Gopeng, Stadium... and of course pilihannya banyak dan umat manusia yg mebeli sgt2lah ramai..... Adangkala sehingga merimaskan...

Sekarang ni segalanya dipermudahkan.. Pelbagai lauk, kuih, air ada tersedia... Pilih saja ikut selera.... Ikut poket masing2 membeli... dan adakalanya sehingga diluar kemampuan perut masing2 untuk makan makanan yg dibeli.... Bagi aku sendiri.. Mengunjungi bazaar ramadhan ini sekadar untuk mencuci mata atau pun mencari juadah yg diluar kemampuan untuk aku memasaknya.... Sebabnya, aku lebih senang sekiranya suami dan keluarga menikmati air tangan aku sendiri..... Terasa sangat2 la membahagiakan apabila hidangan yg kita masak, dimakan dengan penuh selera.....

Tetapi, mungkin betul kata teman aku itu, bulan Ramadhan dan bulan lain sama saja... Mengapa di bulan yg sepatutnya kita isikan dengan amal ibadah yg semestinya dijanjikan dengan pahala berlipat ganda, kita disogokkan dengan isu makanan yg pelbagai yg hanya muncul di kala Bulan Ramadhan... Aneh, bukan....????

Sama2 lah kita bersederhana didalam bula yg penuh barakah ini dan semoga segala ibadah yg kita lakukan diterima Allah.........



Aminn......


Isnin, 24 Ogos 2009

good mood n bad mood

Kenapa sesetengah manusia ni selalu atau pun terlalu memikirkan persepsi orang lain terhadap diri sendiri.... Selalu dok fikir apa orang lain akan kata, apa orang kampung akan kata...
Memang kita ni hidup bermasyarakat tetapi sampai bab tengok langsir rumah orang, kerusi meja rumah orang lebih dari ape yang ita ada, mula gelisah nak mencari lebih daripada orang lain ada... Hello, ape nih...??? Itu namanya menunjuk2 okey.......... Aku heran dengan manusia2 ini yg kadangkala kurang bersyukur dengan nikmat yg Allah bagi... Perlu ke menukar segala perabot semata2 menurut rasa hati sengkan perabot yang sedia ada masih elok terletak berseri-seri.......???

Khamis, 20 Ogos 2009

~SCHOOL HOLIDAYS~

YEAY...........!!!
This Friday, 21st August 2009 is HOLIDAY.........
Suke.. Sangat suke............!!
Cuti kenapa?
Cuti Peristiwa sempena Awal Ramadhan....
Lepas tuh, disambung 22nd ~ 30th August 2009 dengan Cuti Pertengahan Penggal Kedua....
Then, disambung satu hari lagi 31st August 2009 sempena dengan Hari Kemerdekaan yang ke~52 ...
So....
Semua sekali SEBELAS hari.......... Yea.. Yeah............!!!!
Sonoknyer CUTI..............
JANGAN JELES TAU................

Rabu, 19 Ogos 2009

SALAM RAMADHAN

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali.
Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalahRasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.
Oleh itu saya terlebih dahulu mengambil kesempatan ini ingin memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.
SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA

Secebis Kasih Sayang

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis keti ka itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.
Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut.
"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.
Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,
"Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"
"Tapi apalah maknanya bang…!" aku terdengar ibu teresak-esak.
"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.
Panggggg….sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
"Kenapa kamu ni? Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"
"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
"Kakak perempuan…biarlah kakak yang berhenti."
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…..
"Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."
Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
" Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"
"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.
"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"
Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentukkupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."
"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
''Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya..
"Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.
Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."
Apalagi…aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.
"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."
"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.
"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"
Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya…."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.
"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."

''Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.
"Jika tak dapat apa yang kita suka,,belajarlah menyukai apa yg kita dapat…dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.."

Selasa, 11 Ogos 2009

~MOVIE~

Monday morning, my hubby called and asked" Nak gi mana2 tak petang ni? Abg try balik awal..."

So, in my head dah terbayang mcm2 agenda.... Movie ke shoopimg ke... and I suggested "Jom kita tengok wayang, nak...?"

And my husband said " Okey, tunggu abg balik yer.." and aku pun "Yeaayyyyy....!!"

Balik skool around 2.oo p.m, kemas2 bilik... Tengok citer Upik Abu N Laura n Lalola... Pastu siap2... Sempatla syok sendiri depan cermin... hiikhik...

Jam 5.30 kami gerak ke Jusco Bukit Raja, beli tiket movie citer SETEM pkl 8.00 mlm...

Dan la jugak shopping t-shirts n makan2 kat McD....
So, citer ni memang best... penuh aksi2 kelakor... dan sangat2lah disarankan untuk menontonnya... Pemilihan pelakon dalam ni sgt tepat, kecuali si Diana Danielle yg sesungguhnya sgt tidak padan untuk bergandingan dengan Rashidi Ishak... Tak sesuai gitu...... Filem ini jugak turut menggambarkan semangat 1 Malaysia yang diwar2kan ke seantero negara sekarang ni...
Bagi aku dan suami, sangatlah berpuas hati akan cerita ini.... dan sememangnya kami penyokong filem tempatan..hehehe... antara filem tempatan yg bakal ditayangkan tidak lama lagi JIN NOTTI, PAPADOM....
JOM TENGOK WAYANG!!!!

Rabu, 5 Ogos 2009

Sakit dan disakiti.........

Sakit kerana hati sakit...
Disakiti kerana hati sakit...

ohh...
Apakah?

Isnin, 3 Ogos 2009

Bengang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Hari ni aku bengang gilerrr..... Bengang giler2.... Kenapa????
Ada sorang parent budak aku nih call sek complain aku ni tampar n pukul anak dia sampai pening2.... OMG...!!! Jadi GB n PK HEM pun jumpa directly dgn aku ni untu bertanya mengenai hal ini.......
So, mmg aku admit yg aku mmg pukul anak dia... But, HELLO...!! Aku ni bukannye GILA nak pukul anak orang sesuka hati... Kenapa tak tanya anak dia kenapa aku marah, kenapa aku pukul? Cikgu pun manusia BIASA... Bukannya MALAIKAT... Tak ade hati dan perasaan... SABAR PUN ADA HADNYA!!!!!!!!!!
Buat parents kat luar sana, cikgu-cikgu kat sekolah ni bukannya baby sitter yg nak pampered anak u all, nak belai2 dgn penuh kasih sayang sepanjang jam 7.45 - 1.05 tuh.......... Cikgu sekarang ni terbeban dengan pelbagai kerja.... Fahamilah.......!!! Bila kami ni mengajar, kalau anak2 murid tak mendengar kata, KERJA TAK PERNAH SIAP, suka menganggu pelajar lain cikgu mana kat dunia ni tak marah.... Sekali dua bolehla nak bersabar......
Huh, geram tu la aku.....!!! TENSION tau tak...... Lepas ni ape nak jadi kat anak dia ni aku tak nak ambik port langsung.... Tugas aku mengajar.... Nak buat ke tak nak buat ke....
Hari ni sume kelas aku tanya "Kamu nak cikgu marah kamu untuk jadi lebih baik atau cikgu biarkan kamu untuk menjadi lebih teruk?" dan semuanya menjawab "Nak MARAH..........." See....???? Bagi parents yg x faham itu, budak TAHUN 2 pun paham okay.................
Fahamilah tugas GURU............ Tiada guru yg kat dunia ni yg tak sayang kan anak2 muridnya..... MARAH ITU TANDANYA SAYANG.................!!!!!
P/S: Sori entry yg mengganggu gugat perasaan.....

Ahad, 2 Ogos 2009

Nur Kasih...

Melayan ceritera Nur Kasih di tv3...............
*
*
*
*
*
*
*
Malas nyer nak balik Selangor...... Adehhh...

Sabtu, 1 Ogos 2009

HOMEsweetHOME

Bila balik Ipoh..........
Bila balik Ipoh hati selalu tenang....
Bila balik Ipoh perasaan sgt gembira...
Bila balik Ipoh selalu nak cepat...
Bila balik Ipoh sukanya tak terkata...
Bila balik Ipoh Mama n Apak ceria...
Bila balik Ipoh hidup terasa bahagia...
Bila balik Ipoh hati berat nak balik semula...
Bila balik Ipoh..........