Isnin, 23 April 2012

Hidup Untuk Kerja

Hidup untuk kerja atau kerja untuk hidup...??

dari darjah satu pada tahun 1990-an sehinggala ke tingkatan lima pada tahun 2000, tak pernah culas aku menulis GURU sebagai salah satu cita-cita ku... Alasa aku mudah, aku suka dengan cikgu, bapak aku cikgu, makcik, pakcik aku pun ramai yang jadi cikgu.............

Bila masuk POLISAS pada hujung tahun 2001, aku sangkakan cita2 ku pasti sudah tidak kesampaian... kerana kejuruteraan menjadi pilihan aku ketika itu... Namun Allah Maha Mengetahui dan tahu apa yang terbaik buat aku.. sebab aku dapat tawaran masuk MPI pada 2002....

Jadilah aku seorang guru....

Namunn, setelah 8 tahun berlalu... Mengharungi pelbagai fasa perubahan dasar pendidikan didalam tempoh 8 tahun ini sangat melelahkan... Sehingga membuatkan aku terfikir bagaimanakah rasanya apabila tempoh itu berganjak ke angka yang lebih banyak...????

Dunia luar boleh mengatakan apa sahaja... Katakanlah apa sahaja untuk profesion yang amat aku sayangi ini.... Namun hanya bagi yang merasainya sahaja yang mengetahui apa perasaannya menjadi seorang GURU....

Tugas utama guru adalah mendidik dan mengajar murid-muridnya... Namun, tugas sebagai pendidik pada masa kini aku rasa tak sampai 45% dalam skop kerja aku sekarang ni... Yang lebihnya adalah kerja-kerja diluar bidang seorang pendidik.... Mengadap fail yang bertimbun2, kertas kerja, laporan, data, analisis, dokumentasi, minit mesyuarat, dan 1001 macam kerja lain...

Ya, kerja kerana Allah...
Tapi aku tetap hanya manusia biasa... tak lari dari perasaan marah, geram dan benci... apakan daya.... inilah jalan yang aku pilih, dan hidup tetap perlu diteruskan.....




Mode : geram.. ada 4 unit nak kena siapkan fail, gara2 perubahan sistem fail =(