Sabtu, 29 Ogos 2009

::Sotong sumbat berempah::

This recipe was requested by the newly wed Yanie.... Td aku dah masak resipi nih... Easy to cook.. n kuahnye sedap dicecah dengan roti....

Bahan-bahan

6 ekor sotong saiz sederhana
500 ml air
4 biji telur
2 biji bawang besar, dicincang halus
1 biji cili hijau, buang biji dan cincang halus
1 biji cili merah, buang biji dan cincang halus
1 biji bawang besar, dihiris bulat
4 sudu makan rempah kari ikan
2 sudu makan cili kisar
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
100 ml minyak masak
Lidi koktel secukupnya
Garam secukup rasa

Tambah satu sudu besar yogurt untuk memberikan rasa lemak2 sikit.

Cara Membuatnya

  1. Pukul telur, separuh bawang, cili hijau, cili merah dan garam sehingga rata.
  2. Panaskan satu sudu makan minyak. Masukkan telur dan kacau hingga hancur. Angkat dan sejukkan.
  3. Sumbatkan telur ke dalam sotong. Sematkan kepalanya dengan lidi. Ketepikan.
  4. Seterusnya, panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan baki bawang dan cili hingga berbau bleh tambah halia kalau suka.
  5. Masukkan rempah kari dan cili kisar. Bila garing, masukkan air. Bila kuah hampir pekat, campurkan kicap, serbuk lada hitam, garam dan gula.
  6. Akhir sekali, masukkan pula sotong sumbat. Kacau sekali-sekala hingga sotong masak dan kuahnya pekat. Bubuh bawang besar yang dihiris bulat. Kacau hingga layu. Tutupkan api.

Well, ini sekadar anggaran bahan... bleh direka cipta semula ikut kesesuaian masing2 dan cita rasa serta selera masing2....

Selamat mencuba.......

1 ulasan:

lyana berkata...

wahh terbayang2 sotong sumbat. hehehe. :P