Sabtu, 30 Mei 2009

Movie time....

Pagi2 lagi dah plannak tgk movie pagi nie, jam 11.00 sbb nak dpt harga tiket early bird.... so, bekejar la aku dgn pakwe ku ke Jusco Kinta City... dah ade byk perubahan kat sini... nampak benor da lama tak dtg.....


Sesampai je kat TGV, alamak!!! Ramainya org beratur.... Aduh, sempat ke nih!! Pakwe mententeramkan hati ku yg membengkek tengok cashier ticket yg ala2 manja gitu buat keje kerna begitu lemah gemalai..........


At last, kitorg beli tiket Syurga Cinta (11.20 a.m) and Terminator Salvation (2.45 p.m).......

Untuk Syurga Cinta... aku katakan cerita ni bagus untuk totonan anak muda sekarang nie... Banyak nilai2 murni yg boleh diadaptasikan dalam kehidupan antaranya menegenai JODOH.... Jodoh yg terbahagi kepada 3 yakni JODOH DARI SYAITAN, JODOH DARI JIN DAN JODOH DARI ALLAH.....

For Terminator Salvation ni plak, aku tak tau la nak komen aper... sbbnya ku tak mengikuti sgt cerita Terminator tu.... Tambahan plak aku ni x minat sgt cerita2 mcm nie... Tapi oke lah.... hehe.. yg pasti, si John Connor dlm citer ni handsome bangat....!!! hahaha... Mare pakwe aku nie.......

Nak tunggu citer
  1. Jangan Pandang Belakang Congkak
  2. Zack Efron is 17 again
  3. Transformers 2.......


Yg dah tengok sebelum hari ini....

Night At The Musuem 2

I Love You, Man


Jumaat, 29 Mei 2009

~jom masak-masak!!~

Memandangkan sejak kebelakangan ni aku tersangat la bz... (kdg tu membz kan diri sendiri....) dah lama aku tak mempraktikkan skill masak2 ku ini... Petang semalam semangat nak memasak sgt la membuak2.... ok....


Al-kisah..... petang semalam aku masak SOTONG SUMBAT BEREMPAH + KASIH SAYANG...... huhu... kenapa KASIH SAYANG?? My cik Abe yg suruh tulis..... hehe...


Bahan untuk sumbat sotong itu....

sotong ~ ikut suka la nak baper ekor... lagipun sutung ni kecut klu masak

telur ~ 4 bijik mengikut kesesuaian..
bawang besar ~ dihiris dan dicincang halus2...
cili hijau n cili merah ~ pun dicincang halus2.....

:: bahan2 ni dipukul dan digoreng ala2 telur hancur gitu, pas tu disumbat kedalam sotong...
:: kepala sotong mestilah disematkan dgn lidi, or if isinya akan terkeluar......

Bahan2 menumis dan untuk kuah..... (optional... ikut org la kan suka masak mcm ner kan... ni aku nyer stail la kan...)

Bahan2 hirisan ::
~ bawang besar sebijik
~ bawang putih 3,4 ulas
~ halia ikut suka
~ cili merah
~ cili hijau
Bahan2 rempah (dibancuh pekat2 dgn air) ::
~ rempah kari ikan
~ serbukjintan manis
~ serbuk jintan putih
Bahan2 lain...
~ susu cair @ yoghurt
~ asam jawa


Cara masak2::

:: Tumis bahan2 hirisan sampe naik bau...
:: Pastu masukkan bahan2 rempah... Tumis sampai garing dan naik bau....
:: Masukkan susu cair, asam jawa....
:: Masukkan sotong yg dah disumbat...
:: Balik2 sotong sampe masak dan kuah pekat...
:: Bubuh la gula n garam... secukup rasa.....



~ bila dah siap masak, boleh la potong2 sotong tu ikut kesesuaian... bolah la makan dgn nasik atau pun roti... Sedap... cubala.....!!!

Selasa, 26 Mei 2009

BUAT SUAMI

MEWUJUDKAN suasana bahagia dalam sebuah rumah tangga sering menjadi impian pasangan suami isteri. Ia boleh dicapai apabila semua ahli keluarga bekerjasama menuju ke arah itu.
Tetapi individu yang paling penting menjamin kebahagiaan keluarga ialah lelaki sebagai bertindak sebagai suami yang penyayang dan dan ayah yang pengasih.

Untuk menjamin kebahagiaan keluarga, seorang ayah perlu bijak memikul tanggungjawabnya terhadap isteri dan anak. Ayah perlu melayani anak dengan penuh kasih sayang. Pupuk rasa kasih sayang sesama anak, tepati janji terhadap anak dan juga perlu menghormati anak jika mereka mahukan anak menghormati dengan mendengar kata orang tua.

Dalam mewujudkan perhubungan harmoni dengan isteri pula, pakar motivasi, Datuk Dr Fadzilah Kamsah ada memberi beberapa petua untuk menambat hati isteri. Antara petua itu ialah:

1)Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum melakukan kerja lain.

2)Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.

3)Jangan tergesa-gesa untuk menyelesaikan masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.

4)Beri masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.

5)Tolong masak atau makan di luar sekali sekala.

6)Beri pujian mengenai penampilan isteri : rambut, wajah dan pakaian.

7)Apabila lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon di rumah.

8)Apabila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya, meletakkan surat khabar atau tutup televisyen.

9)Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.

10)Beritahu apabila anda ingin berehat atau tidur.

11)Peluk isteri dengan penuh kasih sayang empat kali sehari.

12)Tolong temankan isteri apabila beliau melakukan kerja bersendiri pada waktu malam seperti melipat baju, gosok baju dan menjahit.

13)Beribadah bersama.

Sebenarnya, ada banyak banyak cara untuk mewujudkan rumah sebagai syurga dunia yang dihuni oleh suatu keluarga yang tenang dan harmoni. Antaranya ialah Suami isteri perlu mengetahui tanggungjawab masing-masing dan belajar menerima kelemahan masing-masing Perlu menerima dengan hati terbuka dan berusaha mengatasi dengan baik pelbagai masalah yang timbul. Suami perlu belajar mengucapkan kata maaf atau memeluk dan mengucup dahi isteri sebagai tanda minta maaf apabila melakukan kesalahan. Isteri perlu menerima maaf suami yang ada kala tidak diucap tetapi cukup dengan perbuatan saja. Suami perlu bijak memujuk isteri menggunakan psikologi dan membeli hadiah walaupun murah.

Jumaat, 22 Mei 2009

SAMBUTAN HARI GURU DAERAH....

Cikgu Razali n Cikgu Halim.... Sporting Habis.....!!!!

Ustaz Aziz, Ustaz Sani, Sir Sairan n Cikgu Mat bersama topi koboi masing2.....
Cak....!!!! Inila barisan semua cikgu2 pompuan yg anggun bergaya.....!!!


Gambar kenangan bersama plak dan hadiah yg dimenangi......




Kak Ros.... orang kuat dalam perbarisan...... Huhu....... tanpa Kak Ros, Siapalah AKU...!!!












Inila antara cikgu cikgi dari sekolah aku... bunga kat topi dgn bahu kiri tu aku yg buat... Huhu.....

Kak Noorul..... yang telah aku make over kan... huhu.... Ibu anak 4 nie..... Slim melim lagi.....







Sesungguhnya gambar aku tidak kelihatan didalam gambar dibawah ini.....








Terima kasih buat si gadis payung..... dan cikgu2 yg sporting bercermin mata hitam gitu........
















Berarak di hadapan Pengarah JPNS yg mengatakan sekolah ku tiada STAR????


SIapa cakap???

Kami menang, beb!!!!
Juara zon B dan Juara keseluruhan lagi....!!!

Isnin, 18 Mei 2009

26th birthday's celebration.....

free glitter text and family website at FamilyLobby.com
Yup... yesterday was my 26 thbirthday.... and happy birthday to me.... again!!

There were a lot of things and activities happened to both of us... (MY TOMEI n ME).... It' started on the afternoon Satrurday... which we went to BUKIT TINGGI, PAHANG..... There are a lot beautiful scenery... Sangat2 cantik.... Puas la kedua2nya berposing sakan sambil bergambar.....
After that, we went to pekan BENTONG.... Juz pusing around the town... Looking something that we also dunno what is it... Last2... ternampak iklan roti john @ kebab yg mcm sedap.... But, it was very good taste... Rasa mcm nak makan double.... huhu....
Then, after BENTONG, we went to KL back... pusing2 jalan KL ni, tengok lampu sana sini..... n hang out to KLCC.... tak de la lama sgt lepak kat sini, sbb nya bdn dah penat sgt2..... tak larat dah... My tomei2 ajak beli kek di Secret Recipie.... Mula2 nak beli one whole cake, tp mcm besar sgt... sape nak makan???? Jadi juz bought 4 slices of cakes wif different taste.....
Balik tidur di rumah my aunt at Taman Permata.....
Early on the birthday morning.....
Pagi2 lg husband dah kejut.... We had a heavy breakfast ~nasi lemak wif sambal paru~.... We went to IKEA... sebenarnya nak cari periuk kat sini.... plus cari hadiah utk acara tukar2 hadiah masa sambutan hari guru nanti....
Lepas gi IKEA we went to ONE UTAMA.... Tengok wayang... ~i love you, man~... citer ni best!! straight forward... n only 4 18's over.....
After OU, my husband surprising me to SUNWAY PYRAMID... aku nak buat pengakuan kat sini, the last time ever aku datang SP ni masa form 3~rombongan kelas 3 Rushd~ iaitu 11 years ago.... lepas tu memang x dtg2 dah.... mcm jakun jerk...... memang happy sesangat.... pusing sana sini, tgk org main iceskating ~jatuh bergolek2~ makan popiah... jalan lagi......

Lastly..... we went to RESTORAN IKAN BAKAR JERAM..... sambil tgk sunset view kat sini..... makan sambil tak hengat dunia.........

Apa pun. it was a very beautiful day... memang seronok ape jua yg nak buat, nak dibeli semuanya ku buat....!!!
For my sayang....
Thank you for the gift ever......
Thank you bawak honey jalan2 smpi sakit2 belakang ;)
Thank you for all the surpreises......
Thank you for loving me this much......
Thank you for everything.....
I love you, sayang.....

Jumaat, 15 Mei 2009

4 all teachers..........

free glitter text and family website at FamilyLobby.com
Buat semua cikgu2 yang ada diseluruh dunia ni... Saya ucapkan Selamat Hari Guru... Sesungguhnya jasamu dalam mendidik saya ini amatlah bernilai.....
Apatah lagi di kala ini saya turut merasakan perit getir menjadi seorang guru....
Buat guru-guru di....
SK Raja Di Hilir Ekram, Ipoh...
SMKA SLim River, SLim River....
Pensyarah2 di Maktab Peguruan Islam, Bangi....
Rakan2 sejawatan di...
SK Jalan Panglima Bukit Gantang, Ipoh...
dan..
SK Jeram Batu 20, Jeram......
Sesungguhnya GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.....

Selasa, 12 Mei 2009

::M::A::M::A::

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu.
Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat
yang sama ditulisnya.
Mama.... akak sayang mama!!

Jumaat, 8 Mei 2009

::Happy Mother's Day::












Buat Mama.... Happy Mother's Day.... You're the best in my life.....

The best bestfriend ever....
The best of everything....
I Love You, Mama!!!
Really miss you... My life is not happier than b4 when my life is stucking in here........






Selasa, 5 Mei 2009

Craving 4 K.E.R.A.B.U????

Sejak 2 menjak ni, aku suka sgt makan kerabu... Tak kire la kerabu hape pun..... Last week dua hari aku buat kerabu mangga muda.... Oooohhhh sangat2 lah mengiurkan...... Cara saya buat senang jer....
KERABU MANGGA
Bahan2 hirisan....
  • Mangga Muda ikut suka...
  • 2 labu Bawang Besar
  • 2-3 batang serai..
  • 2-3 batang bunga kantan...
  • cili padi ikut suka....

Bahan2 ditumbuk.... kasar2....

  • ikan bilis or udang kering yg digoreng... (bg rasa lemak)
  • belacan (sikit jer!!)
  • kacang goreng....

Semua bahan2 ni digaul sama rata bersama2 dgn gula n perahan limau... ikut suka la kan... kalau aku ni aku suka bubuh kacang goreng tumbuk tu banyak2.... sedapp...!!!

Lapor la plak....

Tadi kantin buat kerabu sambal kelapa taugeh and daun selom.... huhu..... Da siap makan pun.... hai, nafsu2......!!!

Ahad, 3 Mei 2009

Holidays Over

Well, hr ni hari Ahad... di saat ini Ipoh tgh hujan renyai2.... pagi yg sejuk dan mendamaikan.... Cik Akim hr ni keseorgn ke LOKEN... Aku? Malas nak berhimpit2 dengan lautan manusia yg ramai.....


Sekejap je masa berlalu.... Tau2 dah hari Ahad.... Nak kena packing brg2 nak balik.... Malas tul La..... Tak sabar nak tunggu next school holiday 31hb mei ni... nak lepak puas2 kat rumah.....


Ipoh tetap di hati ku.....





.....sindrom sakit di belikat dan di tulang pinggul semakin menjadi2..... bila diurut wif mesin massage... asyik sendawa angin smpi termuntah!!!.....