Jumaat, 29 Mei 2009

~jom masak-masak!!~

Memandangkan sejak kebelakangan ni aku tersangat la bz... (kdg tu membz kan diri sendiri....) dah lama aku tak mempraktikkan skill masak2 ku ini... Petang semalam semangat nak memasak sgt la membuak2.... ok....


Al-kisah..... petang semalam aku masak SOTONG SUMBAT BEREMPAH + KASIH SAYANG...... huhu... kenapa KASIH SAYANG?? My cik Abe yg suruh tulis..... hehe...


Bahan untuk sumbat sotong itu....

sotong ~ ikut suka la nak baper ekor... lagipun sutung ni kecut klu masak

telur ~ 4 bijik mengikut kesesuaian..
bawang besar ~ dihiris dan dicincang halus2...
cili hijau n cili merah ~ pun dicincang halus2.....

:: bahan2 ni dipukul dan digoreng ala2 telur hancur gitu, pas tu disumbat kedalam sotong...
:: kepala sotong mestilah disematkan dgn lidi, or if isinya akan terkeluar......

Bahan2 menumis dan untuk kuah..... (optional... ikut org la kan suka masak mcm ner kan... ni aku nyer stail la kan...)

Bahan2 hirisan ::
~ bawang besar sebijik
~ bawang putih 3,4 ulas
~ halia ikut suka
~ cili merah
~ cili hijau
Bahan2 rempah (dibancuh pekat2 dgn air) ::
~ rempah kari ikan
~ serbukjintan manis
~ serbuk jintan putih
Bahan2 lain...
~ susu cair @ yoghurt
~ asam jawa


Cara masak2::

:: Tumis bahan2 hirisan sampe naik bau...
:: Pastu masukkan bahan2 rempah... Tumis sampai garing dan naik bau....
:: Masukkan susu cair, asam jawa....
:: Masukkan sotong yg dah disumbat...
:: Balik2 sotong sampe masak dan kuah pekat...
:: Bubuh la gula n garam... secukup rasa.....



~ bila dah siap masak, boleh la potong2 sotong tu ikut kesesuaian... bolah la makan dgn nasik atau pun roti... Sedap... cubala.....!!!

Tiada ulasan: