Rabu, 1 Ogos 2012

Thinking to change

Hurm.... Thinking.....

Fikir...
Bukan nak kurus semata2...
Tapi nak jadikan kesihatan ke tahap yg lebih baik...
Dan..
Yg paling penting...
Trying to conceive...
=)
Ya Allah, permudahkanlah urusan ku....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Herbalife....??

Selasa, 24 Julai 2012

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum...

Dah hari keempat berpuasa... Alhamdulillah masih berkesempatan berpuasa penuh sehingga hari ini... kalau sebulan penuh pun lagi suka.... hehehe

Tahun ni tahun yang enam berpuasa bersama encik husband yang tercinta... dan masih lagi bersemangat untuk menyediakan juadah berbuka bersahur untuknya.. Alasannya ~ aku jarang sangat masak sebenarnya... sebab aku tinggal bersama MIL, so mostly MIL yg masak untuk lunch.. hujung minggu pun jarang jugak masak sebab selalu x ada kat rumah... hehehehehe

Esok gaji... Alhamdulillah dapatla kenaikan tahunan semasa yg backdated dari January lagi... Alhamdulillah... sejak balik dari umrah hari tu, memang terasa murah rezeki kami suami isteri... mungkin lepas ni ade rezeki baby pulak kot...?? InsyaAllah..... Allah tahu apa yang direncanakan untuk kami berdua....

Selamat berpuasa everyone....!!!


Rabu, 18 Julai 2012

Rezeki Allah itu luas =)

Alhamdulillah...

Segala puji bagi mu Ya Allah diatas rezeki yang telah engkau berikan.....

Allah tahu apa yang terbaik untuk para hambaNya, meskipun aku dan suami belum punya rezeki untuk memiliki cahaya mata... Namun Allah bentangkan kepada kami rezeki yang yang tidak kami jangka... =)

Tahun ni banyak ape yang saya impikan seperti entry yg  lepas seperti di  link 1 dan link 2 telah pun aku perolehi.... Alhamdulillah... A big thanks to my parents and husband dalam merealisasikan impian dan keinginan aku tuh.... heheheheheh....

Apa yang lebih menggembirakan... Tahun ni rezeki kami suami isteri dapat APC - Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2011... Terima kasih kepada pihak majikan kerana memberi kepercayaan di atas segala kerja keras kami selama ini.... =)

Syukur Ya Allah, moga anugerah yang kami perolehi ini menjadi pemangkin kepada kami untuk terus berusaha dan gigih berbakti demi anak bangsa dan juga agama serta negara.... InsyaAllah....


Jumaat, 29 Jun 2012

Madumoon =)

Mood untuk berjalan2 berdua2an sgt2 menggebu2 skrg ni... heheh... lama x jalan berdua2an sbnrnya... sokmo jalan dengan family je... weekend kali ni nak gi jenjalan dengan my purple... saje2 nak ngetest... manalah tahu kot2 projek menjadi ker.... hehehehe...

Hotel dah booked n dah bayor pun... Tinggal nak bawak diri jer... =))

p/s: Ahad ade mini sukan kat sekolah n Isnin adelah cuti peristiwa... Huhu... (*,*)

Khamis, 21 Jun 2012

Renungan hari ini...

Macam tajuk kat atas ni la... bila ditambahan imbuhan "me" maka ayat yang sesuai ialah MENUNG... keh3...

Alkisahnya, masa aku tengah on the way drive balik tadi... sambil dok dengar radio Hot.FM.. sambil dok menung2 tu.... dok rasa insaf sekejap.... insaf dengan kehidupan sendiri dan juga orang lain lalu terbitlah satu perasaan iaitu SYUKUR.....

Ya... Aku syukur sangat2 dengan apa sahaja yang aku miliki dan apa yang aku ada sekarang... meskipun aku x ada rumah mewah, aku x ada kereta yg canggih manggih, aku x ada taraf pendidikan yang tinggi berbanding orang lain, meskipun aku x ada rupa, meskipun aku tak ade jawatan yang tinggi apetah lagi punya wang yang berkepuk2 dalam bank.... Meskipun kehidupan rumah tangga kami diuji dengan ketiadaan zuriat sehingga kini, aku masih bersyukur.... 

Kerana apa?

Sebabnya jika nak dibandingkan dengan kehidupan orang lain, aku rasakan kehidupan aku kini sangat2 sempurna berbanding dengan mereka yang memiliki kepayahan hidup yang terpaksa mencari rezeki siang dan malam.... yang tak punya kereta untuk kesana kemari.... Bukan lah sempurna ni bermakna aku puas dengan apa yang aku ada.. ini kerana Allah sendiri mengharapkan kita selaku umatNya sentiasa terus berusaha dan berusaha dan berusaha.....

Meskipun aku x ada rumah mewah, rumah yang aku diami ini masih selesa dan mampu menjadi pelindung kepada kehidupan kami sekeluarga.. masih utuh dan berupaya menjadi tempat berhimpun seluruh ahli keluarga....

Meskipun aku tak ada kereta yg canggih manggih, aku masih ada kereta2 yang mampu membawak aku ke tempat kerja untuk mencari rezeki yg halal, masih berupaya membawa seluruh ahli keluarga kemana jua... masih mampu untuk berjalan kemana jua....

Meskipun aku x ada taraf pendidikan yang tinggi berbanding orang lain, sekadar diploma dan masih berusaha untuk mendapatkan segulung ijazah berbanding orang lain dah mencapai Master dan PhD.... Tapi dengan kelulusan inilah berupaya memberi aku rezeki melalui pekerjaan yang dianggap mulia oleh semua orang..... Memberikan rezeki yang secukupnya buat kami sekeluarga.....

Meskipun kehidupan rumah tangga kami diuji dengan ketiadaan zuriat sehingga kini tetapi aku masih bersyukur kerana punyai suami yang amat sabar dan memberi peluang kepada kami suami isteri untuk lebih saling mengenali dan sama2 memperkukuhkan ekonomi keluarga terlebih dahulu....

Apa2 pun... Syukur ALhamdulillah... dengan segala nikmat yang Engkau berikan kepada ku dan keluarga ku, Ya Allah...........................

Cinta Bersatu

Tetiba rasa nak feeling cintan cintun plak... Hehehe... 

Cinta Bersatu by Liyana Jasmay
 
Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu
Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu
Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku
Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku
Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu
Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu

Isnin, 21 Mei 2012

Syukur

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah masih diberi kesempatan didalam hidup ini untuk menikmati ulangtahun kelahiran yang ke 29.. Masih banyak yang belum aku laksanakan... Masih banyak yang belum aku lakukan... Masih belum lagi puas berbakti kepada kedua ibu bapa ku.. seluruh ahli keluarga ku....

Terima kasih diatas segala ingatan dan ucapan yang diberikan oleh para sahabat... Ingatan dan doa daripada kalian amatlah aku hargai...

Buat suami yang tersayang,

Terima kasih diatas kejutan yang diberikan... Memang tak terjangka... Sayang abang sangat2....

Akhirnya,

Buat pembaca sekalian (jika ada)

Saya dengan rasa rendah diri memohon kemaafan dari anda semua diatas segala salah silap, keterlanjuran bahasa dan juga tutur kata di dalam blog ini yang pernah menyinggung perasaan anda tanpa sengaja atau secara sengaja... Sesungguhnya saya hanyalah manusia biasa yg tidak alpa daripada melakukan kesilapan...

Mohon jasa baik kalian juga untuk mendoakan pemergian saya, suami, ibu, bapa, adik, mak cik, pakcik dan opah sedara saya ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan Umrah pada Sabtu ini..... Doakan agar segala urusan kami di sana dipermudahkan oleh Allah S.W.T dan berupaya mengerjakan ibadah dengan baik dan sempurna.... Jika ada doa yg ingin dikirimkan boleh menghubungi saya... InsyaAllah akan saya cuba sampaikan doa kalian.....

Wassalam...

Isnin, 23 April 2012

Hidup Untuk Kerja

Hidup untuk kerja atau kerja untuk hidup...??

dari darjah satu pada tahun 1990-an sehinggala ke tingkatan lima pada tahun 2000, tak pernah culas aku menulis GURU sebagai salah satu cita-cita ku... Alasa aku mudah, aku suka dengan cikgu, bapak aku cikgu, makcik, pakcik aku pun ramai yang jadi cikgu.............

Bila masuk POLISAS pada hujung tahun 2001, aku sangkakan cita2 ku pasti sudah tidak kesampaian... kerana kejuruteraan menjadi pilihan aku ketika itu... Namun Allah Maha Mengetahui dan tahu apa yang terbaik buat aku.. sebab aku dapat tawaran masuk MPI pada 2002....

Jadilah aku seorang guru....

Namunn, setelah 8 tahun berlalu... Mengharungi pelbagai fasa perubahan dasar pendidikan didalam tempoh 8 tahun ini sangat melelahkan... Sehingga membuatkan aku terfikir bagaimanakah rasanya apabila tempoh itu berganjak ke angka yang lebih banyak...????

Dunia luar boleh mengatakan apa sahaja... Katakanlah apa sahaja untuk profesion yang amat aku sayangi ini.... Namun hanya bagi yang merasainya sahaja yang mengetahui apa perasaannya menjadi seorang GURU....

Tugas utama guru adalah mendidik dan mengajar murid-muridnya... Namun, tugas sebagai pendidik pada masa kini aku rasa tak sampai 45% dalam skop kerja aku sekarang ni... Yang lebihnya adalah kerja-kerja diluar bidang seorang pendidik.... Mengadap fail yang bertimbun2, kertas kerja, laporan, data, analisis, dokumentasi, minit mesyuarat, dan 1001 macam kerja lain...

Ya, kerja kerana Allah...
Tapi aku tetap hanya manusia biasa... tak lari dari perasaan marah, geram dan benci... apakan daya.... inilah jalan yang aku pilih, dan hidup tetap perlu diteruskan.....




Mode : geram.. ada 4 unit nak kena siapkan fail, gara2 perubahan sistem fail =(
 

Selasa, 24 Januari 2012

Pasrah kah aku...??

Pasrah bukan beerti mengalah...

Aku dibesarkan dengan didikan yg tegas, maka aku punya pendirian yg tegas... Aku tidak gentar untuk menyatakan apa yg betul apa yg salah...

Namun kini, setelah lima tahun berlalu... aku terpaksa belajar dan mempelajari erti kata dan penghayatan bagi suku kata PASRAH.....

Impian aku hanya mudah.... Punya rumah yg comel tp lengkap.. Punya suami yg penyayang dan berpengertian... Punya anak2 yg comel... Jalani hidup yg sederhana namun aman bahagia......

Setiap manusia punya tanggungjawab dan peranan masing2 dalam kehidupan masing2.. Cuma kadangkala terleka.. dek kebiasaan bergantung dengan orang lain... dek terbiasa mengharapkan orang lain.... =(

Berilah aku peluang... Hidup ini pendek... Kenapa perlu menyusahkan dan perlu disusahkan..... =(

Sampai bila... Kenapa orang lain suka sangat mengambil tahu kehidupan orang lain... Kenapa kita nak fikirkan sangat hal orang lain....

Seriously.... aku tak suka diatur2kan... aku tak suka... TAK SUKA...!!
kejap itu... kejap ini........ kejap begitu.... kejap begini.... Kenapa...???

Adakah salah untuk punya impian...?? Tak salah kan.....

Isnin, 2 Januari 2012

Trip Mengejut dan Terkejut

Apa yang terkejut? Hehe...

Kami husband n wife pegi n balik ke Cameron Highlands within 5 hours++... Amacam terror tak....??

Planning nak pergi lama dah sangat2... Since our 5th anni hari tuh.. Tp x de masa nak pergi... So end up pergi hari ni... Itu pun bila bangun pagi, abang tanya aku, aku tanya abg nak pergi ke tak... Pukul 11 sempat lagi hantar Nazmi ke Medan Gopeng dgn mama.. Dia balik ke Melaka... Lepas tu singgah Ipoh Parade.. Sempatla menyambor 3 helai baju kerja cik abang sayang ni.... Tujuan sebenar ke Ipoh Parade ni nak gi Popular.. Cari buku untuk my youngest brother... Aku sempat jugak capai satu novel baru... Kui3....

Sampai rumah around 1 o'clock.... Solat Zuhur terus ke Cameron Highland.... Naik Myvi mama lagi.... Hahahaha...... Pkul dua gerak... sampai atas pukul 3 p.m... eheheh....


Sampai2 jer terus gi Cameron Bharat Tea... Minum teh dulu... Borong teh serbuk untuk teh tarik smpai 8 pack.. each pack/1kg = RM12.10... Sekupang pun nak kira.... Hahaha

Then, ke Kea Farm... agak ramai orang.. tapi tak de lah sampai jammed... beli jagung, cendawan goreng n strawberry...

Pastu ke Tanah Rata... Konon nak cari aiskrim kat tempat feveret tu.. dah tutup plak dah... dah naik apartment la pulak... Cari eskrem kat tempat lain... alaaaaaaaaa.... eskrem malaysia tu, tapi rasa pure strawberi.... sodap.... beli 15 batang = rm15.00

Pastu patah balik ke Kea Farm beli jagung bakar dan terus ke Cameron Bharat Tea balik... Ngeteh lagi... Sebelum balik.....


Apa pun, thanks sayang sebab bawakkan hney jalan2... Best!!! Enjoy sangat2....!! walaopun sekejap... tp sangat bermakna....

Enjoy the picturessss...............