Memaparkan catatan dengan label cooking. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cooking. Papar semua catatan

Sabtu, 9 Mac 2013

Apam Belang Suka Hati

Bahan2...
4 biji telur gred B ~ fresh eggs
1 sudu besar ovelet
Santan 200 ml + 50 ml air
Gula halus 220g
Tepung 300 g ~ diayak
1 sudu teh soda bikarbonat
Coklat emulco n strawberi emulco
1 sudu kecil Esen vanila

Cara2...
Pukul telur n gula n ovelet sampai gebu... Gebu segebu2nya... Biar smpi jd berat...
Masukkan santan + air + esen vanila.. Pukul lagi....
Masukkan tepung + soda yg telah diayak.... Dan kacau sekata....
Bahagikan 3 bahagian... 1 bahagian dgn coklat... 1 bahagian strawberi.... 1 bahagian asli...
Lapik loyang dgn minyak n baking paper..
Sendengkan loyang.. Dan tuang adunan berselang seli..n maksudnya 2 sudu merah pastu 2 sudu putih pastu 2 sudu coklat... Loyang boleh disedendengkan dgn buku yg tebal.. Atau dgn landas jer...
Kukus selama 20-30 minit atau sehingga masak....

Tips....
1. Adunan kena berat agar dpt jd apam yg gebu mcm kek...
2. Pakai telor baru...
3. Guna santan kotak....
4. Penutup pengukus dibalut dgn kain.. Bg mengelakkan air masuk ke dlm adunan...
5. Pakai tepung kek pun boleh...

Sekian... Selamat mencuba...

Rabu, 6 Mac 2013

Cheezy Layer with Blueberry n Strawberry Filling

Bahan A :
250 g cream cheese ~ keluarkan dr peti ais dlm 20 minit
1/3  cup gula halus ~ gula castor je ade kt rumah..
Bahan B :
1/2 cup whipping cream
Bahan2 lain :
Biskut marrie ~ ikut suka nak perisa ape..
Susu segar 1 cawan ~ dipanaskan
Filling ~ ikut suka dan citarasa.. Fresh fruits x ade, jd belasah lah letak ape yg ado...
Cara2 :
1. Pukul bahan  A dan asingkan
2. Pukul bahan B sampai kembang ~ agak2 kembang
3. Satukan bahan B ke bahan A sikit2 secara kaup balik sampai rata dan sebati
4. Biskut marrie dicelop sekejap dlm susu panas.. Sesaat je yer... Boleh tukar nescafe ke milo ke... Ikut kreativiti...
5. Selang selikan lapisan dalam bekas.. Cream ~ biskut ~ filling ~ cream sampai habis...
6. Sejukkan semalaman atau sehingga cream agak2 mengeras... And enjoy.....


Tak leh makan selalu yer... Hihihi...
Kalu nak hilangkan rasa muak cheese, bubuh biskut banyak2.... And perahkan lemon juice sikit...

Selasa, 26 Februari 2013

Mood Cheese Tart

Sekarang ni tgh mood baking cheese tart... saje suka suki, siap ade org tempah lagi heh.... resipi godek2 n google sendiri.... lepas tu derhaka terusssssss..... asalkan menjadik n sodap... cuma yang lecehnye nak buat biskut tartnye lah... kalu buat sensorg satu adunan tu makan masa 1 1/2 jam jugakla.... bab buat filling tu sokojap ajer..... Filling ikut suka... tp paling best blueberry lah kan... x leh makan banyak2 kang gumuk.... hehehehehe... ni ade resipi untuk peringatan diri sendiri dan utk korang2 yg nak cuba.... =)

Resipi Tart

250 gm butter
1 biji telur gred B
1/2 sudu teh emplex
1/2 sudu teh esen vanila
1/3 cawan gula castor
3-5 cawan tepung gandum (ikut doh masing2)

Cara2
1. Pukul butter + telur + esen vanilla + gula  sampai agak2 sekata
2. Masukkan tepung dan uli sehingga agak2 menjadi doh>>>> maknanya x melekat dijari jemari lah...
3. Tekap pada acuan shell secukupnya dan cucuk2 dasar shell dgn garfu...
4. Bakar sampai masak kekuningan.....

Resipi Filling

250 gm cream cheese >> dikeluarkan 20 minit sbelum masak
1 biji telur gred B
1/3 cawan gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara2
1. Pukul semua bahan diatas sampai jadi gebu2 dan tak berketul2......

Cara nak buat filling
1. Guna piping bag utk masukkan filling perisa ikut suka hati dlm shell....
2. Then, guna piping bag berasingan masukkan cheese cream td....
3. Cara nak lukis (lukis guna bancuhan cream cheeese + pewarna) ikut suka hati... =)
4. Bakar dalam 5-7 minit... sehingga bila cream cheese disentuh tidak melekat dijari.....


Sekian..................... =)

Sabtu, 29 Ogos 2009

::Sotong sumbat berempah::

This recipe was requested by the newly wed Yanie.... Td aku dah masak resipi nih... Easy to cook.. n kuahnye sedap dicecah dengan roti....

Bahan-bahan

6 ekor sotong saiz sederhana
500 ml air
4 biji telur
2 biji bawang besar, dicincang halus
1 biji cili hijau, buang biji dan cincang halus
1 biji cili merah, buang biji dan cincang halus
1 biji bawang besar, dihiris bulat
4 sudu makan rempah kari ikan
2 sudu makan cili kisar
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
100 ml minyak masak
Lidi koktel secukupnya
Garam secukup rasa

Tambah satu sudu besar yogurt untuk memberikan rasa lemak2 sikit.

Cara Membuatnya

  1. Pukul telur, separuh bawang, cili hijau, cili merah dan garam sehingga rata.
  2. Panaskan satu sudu makan minyak. Masukkan telur dan kacau hingga hancur. Angkat dan sejukkan.
  3. Sumbatkan telur ke dalam sotong. Sematkan kepalanya dengan lidi. Ketepikan.
  4. Seterusnya, panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan baki bawang dan cili hingga berbau bleh tambah halia kalau suka.
  5. Masukkan rempah kari dan cili kisar. Bila garing, masukkan air. Bila kuah hampir pekat, campurkan kicap, serbuk lada hitam, garam dan gula.
  6. Akhir sekali, masukkan pula sotong sumbat. Kacau sekali-sekala hingga sotong masak dan kuahnya pekat. Bubuh bawang besar yang dihiris bulat. Kacau hingga layu. Tutupkan api.

Well, ini sekadar anggaran bahan... bleh direka cipta semula ikut kesesuaian masing2 dan cita rasa serta selera masing2....

Selamat mencuba.......

Jumaat, 29 Mei 2009

~jom masak-masak!!~

Memandangkan sejak kebelakangan ni aku tersangat la bz... (kdg tu membz kan diri sendiri....) dah lama aku tak mempraktikkan skill masak2 ku ini... Petang semalam semangat nak memasak sgt la membuak2.... ok....


Al-kisah..... petang semalam aku masak SOTONG SUMBAT BEREMPAH + KASIH SAYANG...... huhu... kenapa KASIH SAYANG?? My cik Abe yg suruh tulis..... hehe...


Bahan untuk sumbat sotong itu....

sotong ~ ikut suka la nak baper ekor... lagipun sutung ni kecut klu masak

telur ~ 4 bijik mengikut kesesuaian..
bawang besar ~ dihiris dan dicincang halus2...
cili hijau n cili merah ~ pun dicincang halus2.....

:: bahan2 ni dipukul dan digoreng ala2 telur hancur gitu, pas tu disumbat kedalam sotong...
:: kepala sotong mestilah disematkan dgn lidi, or if isinya akan terkeluar......

Bahan2 menumis dan untuk kuah..... (optional... ikut org la kan suka masak mcm ner kan... ni aku nyer stail la kan...)

Bahan2 hirisan ::
~ bawang besar sebijik
~ bawang putih 3,4 ulas
~ halia ikut suka
~ cili merah
~ cili hijau
Bahan2 rempah (dibancuh pekat2 dgn air) ::
~ rempah kari ikan
~ serbukjintan manis
~ serbuk jintan putih
Bahan2 lain...
~ susu cair @ yoghurt
~ asam jawa


Cara masak2::

:: Tumis bahan2 hirisan sampe naik bau...
:: Pastu masukkan bahan2 rempah... Tumis sampai garing dan naik bau....
:: Masukkan susu cair, asam jawa....
:: Masukkan sotong yg dah disumbat...
:: Balik2 sotong sampe masak dan kuah pekat...
:: Bubuh la gula n garam... secukup rasa.....



~ bila dah siap masak, boleh la potong2 sotong tu ikut kesesuaian... bolah la makan dgn nasik atau pun roti... Sedap... cubala.....!!!

Selasa, 5 Mei 2009

Craving 4 K.E.R.A.B.U????

Sejak 2 menjak ni, aku suka sgt makan kerabu... Tak kire la kerabu hape pun..... Last week dua hari aku buat kerabu mangga muda.... Oooohhhh sangat2 lah mengiurkan...... Cara saya buat senang jer....
KERABU MANGGA
Bahan2 hirisan....
  • Mangga Muda ikut suka...
  • 2 labu Bawang Besar
  • 2-3 batang serai..
  • 2-3 batang bunga kantan...
  • cili padi ikut suka....

Bahan2 ditumbuk.... kasar2....

  • ikan bilis or udang kering yg digoreng... (bg rasa lemak)
  • belacan (sikit jer!!)
  • kacang goreng....

Semua bahan2 ni digaul sama rata bersama2 dgn gula n perahan limau... ikut suka la kan... kalau aku ni aku suka bubuh kacang goreng tumbuk tu banyak2.... sedapp...!!!

Lapor la plak....

Tadi kantin buat kerabu sambal kelapa taugeh and daun selom.... huhu..... Da siap makan pun.... hai, nafsu2......!!!