Khamis, 21 Jun 2012

Renungan hari ini...

Macam tajuk kat atas ni la... bila ditambahan imbuhan "me" maka ayat yang sesuai ialah MENUNG... keh3...

Alkisahnya, masa aku tengah on the way drive balik tadi... sambil dok dengar radio Hot.FM.. sambil dok menung2 tu.... dok rasa insaf sekejap.... insaf dengan kehidupan sendiri dan juga orang lain lalu terbitlah satu perasaan iaitu SYUKUR.....

Ya... Aku syukur sangat2 dengan apa sahaja yang aku miliki dan apa yang aku ada sekarang... meskipun aku x ada rumah mewah, aku x ada kereta yg canggih manggih, aku x ada taraf pendidikan yang tinggi berbanding orang lain, meskipun aku x ada rupa, meskipun aku tak ade jawatan yang tinggi apetah lagi punya wang yang berkepuk2 dalam bank.... Meskipun kehidupan rumah tangga kami diuji dengan ketiadaan zuriat sehingga kini, aku masih bersyukur.... 

Kerana apa?

Sebabnya jika nak dibandingkan dengan kehidupan orang lain, aku rasakan kehidupan aku kini sangat2 sempurna berbanding dengan mereka yang memiliki kepayahan hidup yang terpaksa mencari rezeki siang dan malam.... yang tak punya kereta untuk kesana kemari.... Bukan lah sempurna ni bermakna aku puas dengan apa yang aku ada.. ini kerana Allah sendiri mengharapkan kita selaku umatNya sentiasa terus berusaha dan berusaha dan berusaha.....

Meskipun aku x ada rumah mewah, rumah yang aku diami ini masih selesa dan mampu menjadi pelindung kepada kehidupan kami sekeluarga.. masih utuh dan berupaya menjadi tempat berhimpun seluruh ahli keluarga....

Meskipun aku tak ada kereta yg canggih manggih, aku masih ada kereta2 yang mampu membawak aku ke tempat kerja untuk mencari rezeki yg halal, masih berupaya membawa seluruh ahli keluarga kemana jua... masih mampu untuk berjalan kemana jua....

Meskipun aku x ada taraf pendidikan yang tinggi berbanding orang lain, sekadar diploma dan masih berusaha untuk mendapatkan segulung ijazah berbanding orang lain dah mencapai Master dan PhD.... Tapi dengan kelulusan inilah berupaya memberi aku rezeki melalui pekerjaan yang dianggap mulia oleh semua orang..... Memberikan rezeki yang secukupnya buat kami sekeluarga.....

Meskipun kehidupan rumah tangga kami diuji dengan ketiadaan zuriat sehingga kini tetapi aku masih bersyukur kerana punyai suami yang amat sabar dan memberi peluang kepada kami suami isteri untuk lebih saling mengenali dan sama2 memperkukuhkan ekonomi keluarga terlebih dahulu....

Apa2 pun... Syukur ALhamdulillah... dengan segala nikmat yang Engkau berikan kepada ku dan keluarga ku, Ya Allah...........................

Tiada ulasan: