Ahad, 18 Oktober 2009

Kesibukan yang melanda.........

Hujung2 tahun ni ade banyak kerja yg perlu aku bereskan... Sampai x terbuatkan..... pening2....

Hari Khamis lepas, aku ade buat open house kecil2an untuk guru2 & kakitangan sek kami suami isteri.... {mohon maaf x dpt nak menjemput dgn kapasiti yg ramai, tenaga kerja yg terhad} .... Dari jam 5 petang samapai lah pukul 11 malam..... Adala dlm 60 orang yang hadir.....

Antara menu yg kami suami isteri sempat sediakan.......
  • Bihun sup utara [ thanks to abg kerana tolong rebuskan tulang+ekor+daging + daging ]
  • Macaroni bakar ~ terlupa nak hidang pada sesi petang kerana dah ramai sgt yg datang.....jadi org yg dtg lewat petang smpi ke malam dpt la merasa....
  • popia sata ~ digoreng panas2 yer...
  • Jelly ~ dimakan dgn susu cair.... cik abg buat.....
  • Air sirap limau n air mangga
  • tak lupa kek2 dankuih2 raya...............

Apa pun, terima kasih buat suami yg tercinta n my MIL kerana byk membantu....

Sib baik Jumaat tu cuti..........

Rabu, 14 Oktober 2009

Apakah???

Sejak aku berjinak2 dengan FB ni, jarang sekali aku dapat meluangkan idea ke dalam blog ni... Tambah plak dengan kesuntukan masa dengan kerja2 sek yg melambak2..........
Well, aku nak kongsi satu pendapat yg aku dan suami persetujui.....
Kita ni sebagai manusia biasa, biasalah... Ingin merasai nikmatnya mencintai dan juga mencintai seseorang.... Malah sebelum kita dipertemukan dengan seseorang yg kita cintai dan yakin menjadi teman sehidup semati sebagai suami isteri pasti ade seorang atau beberapa orang yang telah kita cintai sebelum ini.... Itu adalah lumrah bagi kehidupan... dan juga fitrah bagi seorang manusia....
Macam situasi aku sendiri, sebelum aku berkahwin aku sendiri turut pernah mencintai beberapa orang sebelum ini.... Siapa mereka itu... Biarlah, pasti ade antara kalian yang tahu kan...??? Namun, dijadikan ceritanya... Adakah kita boleh berkawan baik selepas hubungan yang tidak menjadi itu...???
Bagi diri aku sendiri, tiada apa yang salahnya jika kita masih mengekalkan hubungan baik dengan ex2 kita tu... kerana tidak ade maknanya untuk kita menyimpan rasa benci seterusnya menjadi pelarian daripada ex2 kita tu... Apatah lagi, jika hubungan itu tidak menjadi di atas faktor kematangan atau pun perpisahan itu berlaku dengan cara yang baik....
Tambahan pulak, tanpa terjadinya hubungan2 ini mungkinkah kita tidak akan bertemu dengan jodoh kita sekarang...???
Apapun.... Tepuk dada tanya selera... Ini hanyalah pendapat aku semata2... Aku turut berterima kasih kepada mereka2 yang pernah menjadi sebahagian hidup aku dulu, kerana kita masih lagi berkawan baik sehingga kini.......
Dan aku bersyukur yang suami aku sendiri sangat memahami isterinya ini, bagi dirinya berkawan biarlah beribu.... berkasih biar satu.....
Dan aku tahu siapa yang ada didalam hati aku ini dan aku masih lagi sedar dimana kedudukan aku sebagai seorang isteri...... dan InsyaAllah masih lagi belum melanggar batas2 seorang isteri......

Rabu, 30 September 2009

Mengawal perasaan marah.........???

Beberapa pendekatan boleh dilakukan untuk mengelakkan marah iaitu:-



1. Mengingatkan diri betapa sayangnya Allah kepada kita.
2. Memfokuskan pemikiran kepada akhirat agar kembali ketenangan hati.
3. Mengingatkan diri akan kesan negatif sekiranya kita marah.
4. Ingatkan diri betapa buruknya rupa kita semasa dalam keadaan marah.
5. Mencari punca kemarahan dan kemudian merawatnya.
6. Mengambil wuduk.
7. Meninggalkan tempat atau suasna yang menimbulkan kemarahan.
8. Berbaik sangka dan tidak bersangka buruk dengan orang yang kita marah.
9. Mendiamkan diri dan mengosongkan minda bagi meredakan perasaan marah.
10. Berikan kemaafan.



Ada cara2 lain tak selain daripada cara2 diatas.... Aku ingin keluar dari perasaan marah ini selama2nya...... Ada sesiapa yg sudi nak membantu....????

Hakikat Kebahagiaan....???

Kebahagiaan itu bukan berupa cek yang dapat ditunaikan, bukan berupa kenderaan yang dapat dijual belikan, bukan berupa bunga yang dapat dicium bau yang semerbak harumnya, bukan berupa gandum yang dapat ditumbuk dan bukan pula berupa kain yang dapat dibentangkan.Kebahagiaan itu adalah keriangan hati kerana kebenaran yang dijalaninya, adalah kelapangan dada kerana prinsip yang diyakininya dan adalah ketenangan hati kerana kebaikan yang dimiliknya.Sumber: dipetik dari buku Jangan Bersedih.

Selasa, 29 September 2009

MOOD RAYA

MAsih lagi dalam mood raya...

Masuk kelas pun lambat2 jer... Tapi kena ajar jugak dengan penuh rasa tanggungjawab, sebab aku tak nak anak2 murid aku ni menagih "hutang" dengan aku nanti.....

Minggu ni dah mula start latihan sukan... TENSION sebenarnya... sebabnya???

Aku nak kejar masa untuk mengtabiskan silibus......
Then, budak ni dah kepenatan bersukan di waktu pagi....... Nak ngajar pun x de mood.....
Lepas sibuk2 dgn sukan cuma ada 2 WEEKS ajer utk make sure budak2 ni ready untuk final exam...

Adeh......

Isnin, 21 September 2009

Cerita Rayer...

Raya kali ni aku beraya kat my MIL 's side... yang ada cuma aku, suami n my MIL... yg lain2...??? Sumenyer beraya dirumah masing2.... (Tahun depan nak request ubah plan raya.... bley tak sayang...??? Plzzzzz)


Juadah raya yang aku masak...? Macam biasa2 ajer la... Ketupat (yg dianyam oleh abg ipar~a.jani), rendang pedas daging + paru, kuah kacang n lodeh..... Aku x dela masak byk2, sebab kami ber3 je kat rumah... Lagipun plan kami nak gi beraya ke rumah org, meaning that kami tutup rumah la konon.......


Lepas solat raya, aku siap2kan juadah bagai... Pukul 10 pagi tu dah get ready nak ke rumah Embah Limah di Sg. Burong... Alih2 x jadi nak kuar... sebabnya... Sedara mara my sayang tak henti2 datang... heh.. Penat beb... RAsanya lebih dr 120 orang kot.....

Then jam 12.30, orang dah clear... Baru nak tutup pintu...Alih2.... Assalamualaikum............!!! Datang lagi.... Tak jadi kuar lagi...........!!!HUHUHU....

Jam 1.30 baru kami ke Tg.Karang, jam 5.00 kami sampai rumah n terus balik ke PERAK... Roger2 mama dulu kat mana, then kami decide ke Tapah dulu....


SO.... Sekarang ni ade kat IPOH, baru balik beraya dari rumah OPAH.... Esok nak gi rumah Mak Ngah wif Angah...


Nak tolong mama masak jap... Nanti sambung.....



Selamat Hari Raya.....

Khamis, 17 September 2009

Selamat Hari Raya....

Memandangkan esok (Jumaat) adalah CUTI KHAS... Jadi hari ini adalah hari terakhir sebelum aku dapat berinternet lagi bila balik Ipoh nanti.....
Di kesempatan ini... Buat semua sahabat2 sekalian alam....
Aku ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kalian sumer...
Mohon ampun zahir dan batin di atas segala keterlanjuran kata2 dan bahasa di dalam blog nih... Maklum saja la.. aku ni manusia biasa.. Ada kelemahan dan kekurangan......
Semoga perjalanan kalian ke kampung halaman di permudahkan... Amin....
Buat suami yang terchinta...
Honey sayang abang sangat2.. Terima kasih atas segala2nya.....

Rabu, 16 September 2009

Persiapan Raya.....

Well, raya semakin dekat... Persiapan raya pun banyak dah buat...
Memandangkan kami masih berdua, persiapan lebih terarah kepada kami berdua jer... Baju raya aku sendiri je ade 5 pasang dan 3 daripadanya dibeli semasa melancong ke Bkt. Tinggi, dan belum decide lagi yg mana satu nak dipakai masa raya nanti... Baju melayu my sayang jer 2 pasang, tapi sampinnya sampai 3 helai... Adehh....
Kuih raya pulak, yg aku buat sendiri 2 jenis jer... Almond london n choc cornflakes... Masih x siap lagi, na kkena beli badam lagi... Tak cukuplah pulok..... Untungnye aku ni, duduk dgn MIL, kuih raya, kcang2, kerepek2, kek2 sume dah ade yg bagi by my biras2 n ipar... So, aku x yah nak pening nak mencukupkan kuih raya ni....
Tahun ni Raya Pertama kali ni aku akan bersama dengan my MIL.. Petang raya nanti baru balik Ipoh... Mungkin raya ke-4 atau ke-5 baru aku balik semula ke Kuala Selangor untuk beraya di sini plak.......
Apa pun, persiapan raya kali ini, biasa2 sahaja.. bersederhana..... Cewaahhh.... Ye ke...????

Isnin, 14 September 2009

Iftar 2009 @ Rynn's & Ridz...

Well.... Selapas 2 weeks planning Iftar di Facebook... Akhirnya berjaya jugak Iftar ni dijalankan di rumah Rynn @ Bandar Nusa Rhu as the host...

The x~SMKA yg hadir...
  • My husband n me...
  • Shu wif husband n lil Tisyia
  • Atie wif husband n lil Azhan
  • Liza wif husband will be
  • CT wif husband n lil Aqeel
  • Yanie n Pokok
  • Rabi
  • Ajer
  • Shut

The food... memang superb... sumenye sedap2 belaka.... Memang enjoy sgt dapat jumpe sume member2.... Tahun depan leh jumpa lagi...

But, so sorry no pic..... Tak sempat nak bergambor bila dah syok berborak.....

Khamis, 3 September 2009

Kenapakah.....???

Kenapa bila mak dan ayah bercerai anak2 menjadi mangsa keadaan.....??? Memang betul penceraian itu menyelesaikan satu masalah hubungan antara suami isteri tetapi kesan dari penceraian itu akan menimbulkan lagi pelbagai masalah... Sedarkah...???
Sudahlah bercerai, anak2 dihantar kemana2 ikut suka.... Sudahnya emak sendiri yang sepatutnya masa dipenuhkan dengan aktiviti ibadah terpaksa pulak menjaga cucu2 hasil daripada penceraian itu..... Jadi kemanakah tanggungjawab si bapa dan si emak ini...........????????
Apa yang aku geramkan sekarang ni, kadangkala ada segelintir manusia ni memang hidup susah.... Tapi susah yang tak boleh DITOLONG...... Tahu kenapa...? Bila dibantu dan ditolong, mereka ini lupa asal diri sehingga menjadikan pertolongan yang diberi itu sebagai satu sumber untuk meneruskan kehidupan...........
"Anggaplah bersedekah......."
Bersedekah tu sendiri bermaksud memberi sesuatu kepada orang yang memerlukan... Golongan fakir miskin umpamanya..... Tetapi memberi sedekah kepada orang yang berkemampuan itu bolehkan dipanggil sedekah.......?????
Berbalik kepada cucu2 yang menjadi mangsa perceraian itu.... sudahnya, mak dan bapak saudara yang terlebih jadi ibu bapa daripada mak bapak budak2 tu sendiri... Kenapa...?? sebabnya mak bapaknya lupa pada tanggungjawab.............
P/S: berdasarkan pengalaman sendiri dan aku sangat geram dikala ini.........