Hurm.... entry kali ni sebenarnya nak meluahkan rasa hati yang berada dalam kesayuan... ye lah... merasakan kekurangan diri... berbanding kelebihan2 yg orang lain miliki.... org boleh bercakap apa sahaja... boleh berkata apa sahaja... tp apa yg ada didalam hati aku hanya aku dan Allah yang tahu.... memiliki anugerah yang tidak ternilai selaku buah cinta di dalam ikatan kasih sayang suami isteri adalah sesuatu yg sangat2 semua orang idam2kan....... siapa yg tak nak...? cuma ketetapan yang ditentukan oleh Allah tiada siapa yang boleh menidakkan... aku tumpang bahagia mendengar perkhabaran gembira yg berada disekeliling aku... tp di dalam hati ini... terbit rasa sayu mengenangkan kekosongan yang masih ade di dalam kehidupan aku... mendengar orang bercerita pasal hal2 yg berkaitan seumpamanya, berkongsi pengalaman2 hal2 yg berkaitan seumpanya.... apakan daya.... aku hanya mampu mendengar dan terus mendengar..... memberikan kata2 yg sewajarnya dan selayaknya dari aku yg tidak memiliki apa2... wahai hati... mohonlah pengertian.... mereka sekadar ingin berkongsi kebahagian dan kegembiraan yg mereka sedang alami... sabarlah duhai hati.... moga ade pencerahan di laluan yg gelap ini yg sedang aku lalui ini..... hanya insan2 yg terpilih seperti aku ini yg diuji dengan ujian seumpama ini... dan sesungguhnya perancangan yang Allah telah tetapkan utk aku dan suami adalah yang terbaik... In Shaa Allah....