Rabu, 21 Julai 2010

Jauh kaki aku melangkah....

Semenjak dari kecil lagi mama n apak selalu bawak aku dan adik beradik berjalan... Seluruh semenanjung ni dah puas mama n apak bawak kami adik beradik.... Syukur sesangat2.... Hehe.. Tak macam adik beradik sepupu yg lain... Ada yg dah besar panjang baru la gi Cameron, Genting... Huhu....

Bila dah semakin mengenjak dewasa, hobi sekeluarga ni semakin menjadi2... haha.... Mama jangan marah erk.... Sekarang ni dah jadi satu kegilaan atau satu obsesi.... Hehe...

mama n apak jangan cakaplah kan.... Beijing, Ho chi Minh, medan, Bukit Tinggi... yang akan datang ni Guilin plak... tpi yg penting haji dah ditunaikan barulah berjalan sakan... itulah motto mama and apak... hehehe


Ok.... Moral of the story, sebenarnya aku ni tengah planning nak gi Bukit Tinggi, Padang lagi kali yang ke TIGA bulan TIGA tahun depan.... hehehe. Kali ni nak bawak geng2 sekolah plak... HeheheH....


InsyaAllah... doa2kan perancangan ini menjadi yer...... Saja seronok bawak kengkawan gi jenjalan....

Rabu, 14 Julai 2010

Khasiat Memeluk Isteri.....

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.
Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari
kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk "Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit" di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.
Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.

P.s: ada sebabnya Nabi SAW menggalakkan umatnya berkahwin ... ;)
dan sangat berbangga kerana hari2 Mr. Akim mesti peluk sy.... hehehehehehe

by Guru Kita @ Facebook